Click Here For Fast Cash!!

Biskut Cantik Molek


Bahan-Bahan:
1000 gm tepung
400 gm mentega
700 gm gula castor
400 gm badam keping
400 gm kacang hazel (dicincang)
250 gm telur
100 gm ceri merah
Vanila, serbuk kayu manis dan parutan limau
Chocolate chip secukupnya untuk hiasan
Cara:
Gaulkan mentega dengan gula hingga sebati dan masukkan telur sambil digaulkan hingga sebati barulah dimasukkan tepung dan digaul lagi hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan kacang dan ceri kemudian bentukkan seperti silinder. Setelah itu sejukkan di dalam peti sejuk. Potong dan hias dengan chocolate chip dan dibakar hingga masak.

Biskut Permata Cornflakes

Bahan-Bahan:
125 gm mentega
100 gm gula
1 biji telur
175 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
125 gm cornflakes
Ceri merah
Mangkuk kertas hitam
Cara:
Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Ayak tepung bersama serbuk penaik. Campur tepung dan cornflakes ke dalam adunan mentega. Gaul rata. Ambil secubit-secubit dan masukkan ke dalam mangkuk kertas. Bubuh ceri sebagai hiasan.

Biskut Chocolate Pretzel

Image Detail
(sori yek!! corak tak jadi..mcm cekodok pulak,tak jadi nak letak celup coklat nampak kelakar)
Bahan-Bahan:
250 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm telur
50 gm susu UHT
10 gm gula castor yang telah digaulkan dengan vanila
450 gm tepung
10 gm serbuk koko
Cara:
Pukul mentega, gula aising dan telur hingga kembang. Gaulkan susu UHT, gula castor, tepung dan serbuk koko. Dengan menggunakan beg aising, bentukkan ikut kemahuan anda(jgn jadi macam corak diatas sudah!!). Bakar dalam ketuhar sehingga masak. Sejukkan di dalam peti sejuk seketika dan celupkan dalam coklat yang telah dicairkan.

Biskut Quaker Oat

 

Bahan-Bahan:
1 tin Quaker Oats (sederhana)
1 tin kelapa parut kering
½ sudu baking soda
Margerine
1 biji telur ayam
1 cawan gula
Ceri merah & hijau untuk hiasan - potong kiub kecil
Cara:
Kelapa parut, baking soda dan quaker oats digaul sebati.

Masukkan telur dan gula dan gaul rata.

Lembutkan adunan dengan margerine.

Ambil sedikit adunan dan dibulatkan seperti guli.

Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan dengan ceri.

Bakar 10- 15 minit
Baked Apple Slices with Peanut Butter Crumble


Bahan-Bahan:
4 cawan kepingan epal
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
3 sudu kecil marjerin 
1 cawan quaker oat
½ sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan peanut butter (kasar) 
Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 350F', Griskan loyang bersaiz 9 inci persegi
2. Didalam bekas, gaulkan epal bersama 3/4 cawan gula dan 1/4 cawan tepung. Masukkan kedalam loyang pembakar. Ratakan dan titikan dengan 2 sudu kecil marjerin
3. Campurkan oat,lebihan tepung dan gula bersama serbuk kayu manis, ketepikan.
4. Cairkan 1 sudu teh marjerin bersama peanut butter diatas dapur gas. Sejukan sebentar dan gaulkan bersama-sama campuran oat dan tepung tadi sehingga menjadi seperti serbuk roti.Taburkan ke atas epal tadi.
5. Bakar selama 40 mins atau sehingga epal lembut dan kekuningan. 
=>Boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama aiskrim vanilla.

Triple Citrus Bar


Bahan-bahan
( Resipi ni untuk satu adunan-26 bar berukuran lebih kurang 2inci )

Bahan untuk Crust/base :
1 1/2 cawan biskut digestive yang dah dikisar menjadi serbuk/crumbs(resipi asal gune animal craker/graham craker)
3 sudu besar light brown sugar
secubit garam
4 sudu besar butter,yang telah dicairkan dan disejukkan(suhu bilik)
Bahan untuk topping :
1/4 cawan cream cheese
1 tin susu pekat manis(sy gune 3/4 je..klu tak,manis sgt)
1 1/2 sudu kecil parutan kulit oren
1 1/2 sudu kecil parutan kulit limau
1 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
secubit garam
1 biji kuning telur
6 sudu besar jus limau
1 sudu besar jus oren
1 sudu besar jus lemon
Hiasan :
3/4 cawan kelapa parut yang disangrai keemasan,dan

Cara-cara

  1. Panaskan oven kepada lebih kurang 170darjah celsius
  2. Alaskan loyang pembakar(yang square 8X8inci.sy gune yg 11X9inci) dengan foil aluminium,lebihkan sedikit kelilingnya supaya senang nak keluarkan adunan yang dah dibakar nanti
  3. Penyediaan crust: Dalam mangkuk besar,masukkan biskut yang dah dikisar,brown sugar dan garam.kacau. Masukkan butter cair dan kacau hingga serbuk biskut menjadi lembab dengan sekata.
  4. Masukkan adunan dalam loyang pembakar smbil menekan2 dengan sekata ke dasar bekas agar menjadi padat.
  5. Bakar dalam oven hingga keperangan,dalam 15-20minit.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai sementara menyediakan topping.Jgn padamkan api oven..
  6. Sam_1191
     Penyediaan Topping : Masukkan cream cheese,parutan2 buahan2 citrus,dan garam ke dalam mangkuk besar.~inilah rupe triple citrus tue :)
  7. Kacau sehingga berkrim dan lembut dan bahan tadi sebati.Campurkan susu pekat manis dan kacau sebati dan tiada lagi gumpalan cream cheese.
  8. Masukkan kuning telur dan kacau lagi.(boleh guna hand whisk).Masukkan jus2 dan kacau.(Campuran ni akan kelihatan agak pekat) ~untuk jus2 tu,gunekan yang fresh,dari buah yang diparut tadi~
  9. Tuangkan bahan topping keatas crust yang dah disejukkan dan ratakan permukaannya dengan spatula.
  10. Bakar hingga masak dan tepinya mula renggang sket dari tepi bekas dan ada bubble2 kecil meletup2 atas topping,dalam 15-20minit.JANGAN sampai menjadi keperangan!(sy punye dah terover cook..huhu)
  11. Sejukkan atas redai,ke suhu bilik.Tutup dengan foil dan masukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama lebih kurang 2 jam.
  12. Sam_1197
     Keluarkan bars dari loyang dengan menggunakan lebihan foil kat tepi loyang tu. Potong bars kepada segiempat2 bersaiz lebih kurang 2 inci.Bolehlah tabur parutan kelapa sebelum dihidangkan.

Biskut Susu Marble


Bahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang )

125 g mentega lembut (1/2 buku)
95g susu pekat manis (1/4 tin)
1/2 sb gula halus/icing (opt)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak
1/2 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

  1.  Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
  2. Biskut_susu_marble_007
     Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
  3. Biskut_susu_marble_009
     Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.
  4. Biskut_susu_marble_010
     Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
  5. Biskut_susu_marble_020
     Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
  6. Biskut_susu_marble_016
     Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
  7. Biskut_susu_marble_033
     Bulatkan dan bakar hingga garing.
  8. Biskut_susu_marble_013
     Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.
  9. Biskut_susu_marble_015
     Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.

Danish Butter Cookies



Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan
gula halus - utk tabur


Cara-cara

  1. Danish_butter_cookies_001
     Putar mentega dan gula icing hingga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Danish_butter_cookies_005
     Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Danish_butter_cookies_015
     Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan.
  4. Danish_butter_cookies_003
     Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.
  5. Danish_butter_cookies_008
     Danish Butter Cookies...bentuk asal doh yang dipicit....

Choc Chip Cookies

Bahan-bahan  *(boleh menghasilkan +-135 biji )

150g butter
125g gula perang
15g shortening
230g tepung gandum - diayak
1 tsp esen vanila
1 biji telur Grade A
1/4 tsp baking powder - diayak
1/2 tsp emplex - diayak
1/4 tsp garam halus - diayak
30gm badam cincang - dipanggang
150g Coklat chip

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula perang hingga berkrim, masukkan esen vanila dan telur, pukul hingga bergaul rata.
  2. Masukkan tepung gandum, emplex, baking powder serta garam yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. selepas itu masukkan coklat chip dan gaul hingga rata.Rehatkan doh selama 15-20 minit.
  4. Ambil 1/2 Tsp adunan dan susun di dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper terlebih dahulu. Jarakkan biskut 5cm antara yang lain kerana biskut ini mengembang.
  5. Panaskan oven, bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

Chocolate Melting Moments Cookies

Bahan-bahan ( 100 keping , lebih kurang )
250 g mentega (1 buku)
1 cawan gula icing (120g)
1/3 cawan serbuk koko (40g) - diayak
1/2 cawan tepung jagung (50g) - diayak
2 cawan tepung gandum (220g) - diayak
1 sk esen vanilla
secukup gula icing - untuk tabur 
Cara-cara
1.    
    Choc_melting_moments_005
  1.  Putar mentega,gula icing dan vanilla hingga berkrim.
  2.  Masukkan serbuk koko dan tepung jagung dan putar hingga rata.
  3. Choc_melting_moments_006
     Masukkan pula tepung gandum sedikit2 (tak perlu dihabiskan) sehingga doh boleh dikepal atau tak melekat pada tangan dan mangkuk adunan.
  4. Choc_melting_moments_012
     Sukat 1 sudu kecil doh dan bulat2kan.Susun di atas dulang pembakar.Leperkan sedikit bebola doh tadi dan bakar pada suhu 160C selama 20 min atau hingga garing.
  5. Sejukkan kukis dan tabur dengan gula icing (jika suka) secukupnya.Simpan di dalam bekas kedap udara.

Dahlia Custard Cookies


Bahan-bahan ( 80 keping, lebih kurang )

  • 125 g mentega (1/2 buku)
  • 40 g gula icing (1/3 cwn) - diayak
  • 50 g tepung custard (1/2 cwn) -diayak
  • 150 g tepung gandum (1 1/3 cwn) - diayak
  • 1/2 sk esen vanilla
  • ceri merah,kismis atau choc chip - untuk hiasan

Cara-cara

  1. Dahlia_custard_cookie_001
     Pukul mentega, gula icing dan esen vanilla hingga berkrim.
  2. Dahlia_custard_cookie_005
     Masukkan tepung custard dan gaul rata.Masukkan pula tepung gandum dan gaul hingga sebati.
  3. Dahlia_custard_cookie_009
     Masukkan sedikit doh ke dalam acuan dahlia dan tekan berjarak atas dulang pembakar.Hias dengan ceri merah atau kismis dll.
  4. Dahlia_custard_cookie_011
     Bakar pd suhu 160C selama 15-20 min atau hingga garing.


Ihsan dari Kak Fida

Biskut Suji Gula Perang



Bahan-bahan ( 100-110 keping )

  • 200 g minyak sapi (1 cwn rata)
  • 150 g gula perang (3/4 cwn) - (akak guna 100 g)
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 sk bicarbonate soda - diayak
  • 330 g tepung gandum (3 cwn) - diayak

Cara-cara

  1. Biskut_suji_gula_perang_001
     Minyak sapi,gula perang,kuning telur,esen dan garam di kacau sebati.Masukkan bicarbonate soda dan kacau rata lagi.
  2. Biskut_suji_gula_perang_002
     Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga adunan boleh dikepal.Tambah sedikit tepung jika doh lembik.
  3. Biskut_suji_gula_perang_003
     Bulat-bulatkan adunan dan susun berjarak di atas dulang pembakar.
  4. Biskut_suji_gula_perang_005
     Bakar pd suhu 150C selama 15-20 min atau hingga garing ikut kepanasan oven masing2.
  5. Sejukkan biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Ihsan dari kak fida

Biskut Kacang Hijau

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 250 gm kacang hijau ( beli di kedai yang dh ada garam) 250 gm tepung gandum ( i used cookies flour) 125gm gula icing 150gm-160gm minyak jagung Daisy- adjust ikut kesesuaian doh
Cara-cara: 
1. Blend dulu kacang hijau dengan pengisar sampai jadi tepung/serbuk 
2. Campur dengan tepung dan gula 
3. Last sekali masukkan minyak dan kacau sebati hingga menjadi doh. 
( ataupun masukkan sume bahan-bahan dalam mixer dan mixerkan hingga menjadi doh )
4. Bentukkan bulat-bulat. Sapukan egg glaze dan letak 1 biji kacang peas sebagai hiasan
5. Masukkan dalam oven selama 20-30 minit kemudian sejukkan.

Kuih Rintisan Hujan


Tapioca Balls by jazmyn on flickr

Bahan-bahan
2 ketul ubi kayu direbus terlebih dahulu
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu planta/margerine/butter
3 sudu gula
garam secukup rase

Inti
gula secukup rase lidah

Cara-cara

ambil ubi kayu dan tepung gandum,lenyekkan bersama sehingga sebati

and then,letak planta , gula dan garam dalam adunan dan gaul skali lagi shingga menjadi doh

lpas 2,cubit adunan tdi sbesar buah duku dan letakkan sdikit gula dan bentukkannya menjadi bulat..
(kalu xmb0h melekit guna tepung)

pastu panas api,

g0reng hingga kecoklatan sket..

siap dimakan begi2 sahaja..

Kuih sagu kelapa




Bahan-bahan:
300 g sagu biji
300 ml air
1cawan gula
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam
sedikit pewarna merah

Cara-cara:
1. Bilas sagu dan toskan.
2. Panaskan air dan larutkan gula. Jika sukakan manis, boleh tambah gula lagi.
3. Masukkan sagu,pewarna merah,daun pandan dan masak hingga sagu kembang dan pekat dengan menggunakan api sederhana.
4. Masukkan ke dalam dan sejukkan.
5. Gaulkan kelapa parut dan sedikit garam. Jika kelapa agak kering boleh tambah sedikit air panas.
6. Potong kuih sagu yang telah mengeras dan gaulkan dengan kelapa parut

ihsan dari shikinsani

Kuih Peniram

Bahan- bahan

1. 1 paket tepung beras (500g)

2. 2 cawan air

3. 2 cawan gula merah

4. 1 cawan gula pasir

5. secubit garam

6. minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 
1. Campurkan gula merah, gula pasir , 1 cawan air dan secubit garam ke dalam periuk. Panaskan hingga gula larut.Kacau selalu.

2. Kemudian, tapis gula yang larut tadi untuk buang segala bendasing..panaskan lg gula yang telah ditapis dengan 1 cawan air.

3. Kacau larutan gula tadi hingga pekat.Tutup api dan masukkan tepung beras.

4. Uli sehinga menjadi adunan yang sebati..biarkan adunan sehari sblm digoreng.Kalau disimpan 3-4 hari lg sedap kerana tepung dan gula betul-betul dah meresap..jangan risau kuih ni tak rosak walaupun tidak diletak dalam peti ais.

5. Jika adunan tadi keras, bolehlah letak beberapa titik air panas.

6. Bentukkan adunan tadi bulat-bulat seperti guli,lepas tu tekan perlahan-perlahan guna jari sehingga leper,kemudian buat 2-3 lubang kecil ditengahnye..(saya buat lubang guna belakang pen)

7. Letakkan plastik yang telah disapu minyak ke dalam dulang dan letakkan adunan yang telah dibentuk ke dalam dulang tersebut supaya tidak melekat nanti.

8. Panaskan kuali, pastikan minyak betul-betul panas.Gorengkan kuih ini sekejap,bila ia timbul,terbalikkan dan terus angkat.

9. Toskan kuih tadi. Apabila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

Kuih Seri Muka


Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )

  • Bahan lapisan bawah:-
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak

  • Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

Untuk lapisan bawah:-

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas

Untuk lapisan atas:-

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  2. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  5. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
Sumber : resipi.com

Tepung pelita


Bahan

1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan santan pekat
5 cawan air panas
1/2 cawan jus pandan
garam secukup rasa
daun pisang - potong empat segi

Cara 

1. Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam secukup rasa. Ketepikan adunan A ini.
2. Bancuh tepung selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair. ( Adunan B)
3. Bentukkan daun pisang jadi empat segi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih, aturkan acuan dan pisang di atas dulang.
4. Masukkan satu sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu, bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya.
5. Setelah itu, kukus lagi sehingga masak.

Kuih lompang

Bahan

1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi
1/4 cawan gula pasir
sedikit esen pandan
sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa parut
sedikit garam
1 1/2 cawan air

Cara 

1. Bancuh tepung gandum, tepung ubi dan air kemudian kacau hingga larut
2. Masukkan gula, pewarna, esen pandan dan kacau rata.
3. Panaskan acuan dalam kukusan
4. Tuangkan aduanan ke dalam acuan. kukus hingga masak. Apabila masak, keluarkan dan sejukkan untuk seketika.
5. Gaul kelapa parut bersama garamkemudian taburkan atas aduanan yang masak.
6. Untuk kuih berwarna perang, bancuh dengan gula Melaka yang dicairkan.



Biskut Warna Warni

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan


Cara membuat:

1. Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata

3. Masukkan tepung jagung dan diuli

4. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yang anda suka

5. Sapukan kuning telur di atasnya

6. Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni

7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

Sumber qassam

Conflakes Bermadu


Bahan-bahan
4 cawan cornflake
2 sudu besar gula halus
1/4 cwn madu
1/4 cwn butter or majerin

Cara-cara
cmpurkan madu, gula dan majerin kedalam kuali dan masak sehingga mendidih..
bila mendidih terus masukkan cornflake.
tutup api dan kacau cornflake tu sampai sebati..
lepas itu masukkan dalam cupcakes tu..
tabur dengan chocolate rice or whatever u desire..
then masuk dalam oven suhu 190celcius dan bkr 10 minit..

Cream cheese cookies

Bahan-bahan:
200g tepung gandum
4 sudu besar gula kastor
1 sudu besar baking powder
50g magerine/butter
100g cream cheese (sya gne pineapple cream cheese)
2 sudu besar susu segar

* Hiasan - coklat masak
             - susu segar
             - chocolate rice

Cara-cara:
1. Ayak kan tepung gandum dan baking powder. Gaulkan dengan gula kastor.
2. Masukkan butter dan cheese cream ke dalam tepung dan uli sehingga jadi serbuk roti. Masukkan susu segar dan uli sehingga menjadi doh.
3. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30min.
8. Panaskan oven pd 180degree dan keluarkan doh. Canai doh setebal 0.5cm dan terapkan mengikut bentuk yang anda suka.
9. Bakar dalam oven selama 8-10min.
10. Untuk hiasan, cairkan coklat masak dengan cara double boiling dan masukkan susu segar sedikit untuk mencairkan coklat. Sapukan di atas biskut dan taburkan dengan coklat rice.
 

HAZELNUT SQUARE

Bahan-bahan :
- 250g Mentega
- 55gm gula kasto
- 35gm tepung beras
- 135gm serbuk hazelnut

Cara Membuat :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan tepung beras dan serbuk hazelnut, gaul sebati dan masukkan tepung.
Uli sehingga menjadi doh lembut.
3. Masukkan ke dalam loyang dan tekan. Tandakan empat segi dan bakar selama 20 minit.
4. Angkat dan potong.

Snow heart cookies




gambar sekadar hiasan


Bahan- bahan:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu tepung

Cara Membuat: 

1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.

2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.

3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.

4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana (jika oven yang dipakai nombor 1 hingga 5, boleh pakai antara 3 & 4 dan bakar dalam 10 min)

5. Bila dah masak sira dengan susu tepung. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak perlu bakar sampai kekuningan.

Biskut aneka rasa


Bahan-Bahan: 
1 kotak tepung serbaguna
sedikit tepung kastard
mentega
gula kastor
telur
esen vanila
kurma,
kismis,
ceri hijau ~ hiris memanjang
sedikit kuning telur
Cara: 
1)Pukul mentega bersama dengan gula kastor dan esen vanila.
2)masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
3)Masukkan hirisan kismis,kurma dan ceri ke dalam adunan.
4)masukkan sedikit demi sedikit tepung serbaguna dan tepung kastard.
5)setelah sebati canaikan di atas acuan yang anda gemari.
6)panaskan dalam ketuhar 120C selama 15-20 minit.selamat mencuba!!!

Biskut Amor Aiskrim

Bahan-Bahan: 
250g butter
100g gula
30g shortening
240g tepung gandum
50g tepung jagung
30g tepung kentang
40g tepung kastad
½ sudu teh baking powder
sedikit esen mangga/vanila

Hiasan:
coklat masak
manik bintang
telur kuning

Cara: 

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata.

3. Campurkan semua tepung dan baking powder.

4. Masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.

5. Jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup

6. Uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.

7. setelah dicanai, guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai.

8. Tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.

8. Setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.

9. Akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. 

Biskut Badam Coklat

sekadar gambar hiasan

Bahan-bahan250g mentega
200g tepung gandum
125g gula icing
100g serbuk badam
100g coklat masak (dicairkan)
1 biji telur kuning
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan1. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan telur, tepung gandum, dan serbuk badam.
3. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit.
4. Celup biskut dalam coklat masak.

Biskut Cip Coklat

Bahan- bahan : 
Bahan A: 
240gm mentega
240gm gula halus
1 biji kuning telur

Bahan B:

120gm tepung jagung
300gm tepung gandum
120gm coklat chip
2 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar milo
1/8 sudu soda bikarbonat
2 sudu besar susu tepung

Cara membuat :

1) Gaulkan semua bahan A sehingga sebati

2) Kemudian, bahan B, gaul sehingga sebati

3) Canai dan terap acuan berbentuk bulat

4) Sapu kuning telur dan hiaskan dengan coklat rice

 5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 140 darjah celcius selama 20 minit.


Biskut Eggless Delite


Bahan A


225 g tepung naik sendiri
75 gm tepung beras
1/2 camca teh serbuk penaik


50 g Cornflakes dikisar halus
100 g gula kastor
250 gm mentega
coklat masakan
hirisan ceri merah


Cara


1. Ayak bersama bahan A; masukkan cornflakes dan gula; gaul sebati
2. Uli mentega dengan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh lembut
3. Canai doh hingga 1 cm tebal dan ptoong acuan penerap biskut yang disukai.
4. Letakkan doh di atas dulang pembakar yang telah disapukan mentega.
5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 Celcius sleama 15 - 20 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk 20 minit.
6. Apabila sejuk, titiskan coklat cair ke atas biskut dan hiaskan denga nceri merah.

Biskut Fantasia

Bahan A :
200 gm mentega
1 sudu besar crisco
70 gm gula kastor
1 sudu kecil mentega emulco

Bahan B :
30 gm nestum (kisar)
30 gm serbuk badam
20 gm kelapa kering (kisar)
30 gm tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
1/4 sudu kecil serbuk penaik
280 gm tepung gandum
sedikit garam

Bahan Hiasan :
Kuning telur
badam

Cara Menyediakan :
1.Putarkan bahan A sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit.
3. Setelah menjadi adunan,canai,terap dan bakar.
4.Hiaskan dengan kuning telur dan badam.