Follow by Email

Biskut Oren Sunquick

Bahan-Bahannya:-

320gm tepung gandum
180gm mentega
55gm kelapa goreng
20gm tepung jagung
2 biji kuning telur
2 sudu besar perisa 'Orange Sunquick'
1 sudu besar esen oren
1/2 sudu besar emplek/lacinta(perangup kuih)
Badam halus
Ceri merah

Cara membuatnya:- 

1. Pukul mentega, kuning telur, esen oren, perisa 'Orange Sunquick' dan emplek hingga sebati.
2. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, kelapa goreng dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bulatkan-bulatkan doh ini, celupkan ke dalam putih telur dan golekkan pada badam halus, kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas. Hiaskan dengan ceri dan bakar hingga kuning.

No comments:

Post a Comment