Click Here For Fast Cash!!

Biskut Susu Marble


Bahan-bahan ( 60 keping - lebih kurang )

125 g mentega lembut (1/2 buku)
95g susu pekat manis (1/4 tin)
1/2 sb gula halus/icing (opt)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri - ayak
1/2 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - ayak

Cara-cara

  1.  Putar mentega,susu manis,gula dan esen hingga sebati.Masukkan tepung sedikit2 sambil diuli hingga boleh dikepal.(sekiranya adunan masih melekit boleh tambah sedikit lagi tepung naik sendiri.)
  2. Biskut_susu_marble_007
     Ambil 1/3 adunan dan bubuh serbuk koko dan gaul rata.
  3. Biskut_susu_marble_009
     Gulung kedua2 doh berasingan memanjang.
  4. Biskut_susu_marble_010
     Lekatkan dan gulung lagi,potong2 doh beberapa bahagian dan bulat2kan sebesar guli dan susun atas dulang pembakar.Leperkan sedikit dengan garfu jika suka.
  5. Biskut_susu_marble_020
     Bakar pd suhu 160C selama 10-15 min atau hingga garing.Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
  6. Biskut_susu_marble_016
     Doh boleh dibahagi 3 dan warnakan ikut suka dan lakukan seperti doh yg dimarblekan.
  7. Biskut_susu_marble_033
     Bulatkan dan bakar hingga garing.
  8. Biskut_susu_marble_013
     Untuk biskut susu plain hanya dibulat2kan dan tekan hirisan ceri merah di atasnya.
  9. Biskut_susu_marble_015
     Untuk biskut susu choc chip hanya tambah 1/4 cawan choc chip atau secukupnya,gaul rata,bulat2kan dan bakar hingga garing.

No comments:

Post a Comment