Click Here For Fast Cash!!

Kuih Peniram

Bahan- bahan

1. 1 paket tepung beras (500g)

2. 2 cawan air

3. 2 cawan gula merah

4. 1 cawan gula pasir

5. secubit garam

6. minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya: 
1. Campurkan gula merah, gula pasir , 1 cawan air dan secubit garam ke dalam periuk. Panaskan hingga gula larut.Kacau selalu.

2. Kemudian, tapis gula yang larut tadi untuk buang segala bendasing..panaskan lg gula yang telah ditapis dengan 1 cawan air.

3. Kacau larutan gula tadi hingga pekat.Tutup api dan masukkan tepung beras.

4. Uli sehinga menjadi adunan yang sebati..biarkan adunan sehari sblm digoreng.Kalau disimpan 3-4 hari lg sedap kerana tepung dan gula betul-betul dah meresap..jangan risau kuih ni tak rosak walaupun tidak diletak dalam peti ais.

5. Jika adunan tadi keras, bolehlah letak beberapa titik air panas.

6. Bentukkan adunan tadi bulat-bulat seperti guli,lepas tu tekan perlahan-perlahan guna jari sehingga leper,kemudian buat 2-3 lubang kecil ditengahnye..(saya buat lubang guna belakang pen)

7. Letakkan plastik yang telah disapu minyak ke dalam dulang dan letakkan adunan yang telah dibentuk ke dalam dulang tersebut supaya tidak melekat nanti.

8. Panaskan kuali, pastikan minyak betul-betul panas.Gorengkan kuih ini sekejap,bila ia timbul,terbalikkan dan terus angkat.

9. Toskan kuih tadi. Apabila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment